Bagaimana Menggunakan Perkhidmatan Pajak Gadai?
Perkhidmatan pinjaman wang tunai kami adalah mudah dan cepat kerana ia tidak memerlukan proses permohonan dan pemeriksaan kredit. Hanya bawa barang-barang berharga dan MyKad/Pasport anda ke kedai pajak gadai kami. Seluruh proses hanya mangambil masa selama lima minit dan melibatkan tiga langkah:
Langkah 1
Sila bawa barang-barang berharga dan MyKad/Pasport anda ke Pajak Gadai Foong Joo.
Langkah 2
Kami akan menjalankan proses pernilaian segera atas barang-barang berharga anda. Selepas itu, kami akan menawarkan harga gadai maksimum.
Langkah 3
Atas persetujuan anda, kami akan menyediakan pinjaman wang tunai dan surat pajak yang tercatat butir-butir barang berharga dan jumlah pinjaman.
Maklumat Lanjut:
- Setiap pinjaman/gadaian mempunyai tempoh bayaran balik selama 6 bulan. Kadar bunga adalah 1.5%* sebulan atas jumlah wang pinjaman. Sebagai contoh, pinjaman sebanyak RM100.00 akan mempunyai kadar bunga sebanyak RM1.50 sebulan sahaja.
- Pelanggan-pelanggan tidak perlu membayar bunga setiap bulan. Hanya bayar bunga bila menebus barangan berharga.
- Kawan-kawan atau saudara-mara pelanggan juga boleh menebus barangan berharga bagi pihak pelanggan, tetapi mereka mesti membawa MyKad/Pasport mereka.
- Jika surat pajak hilang, sila maklumkan kepada kami secepat mungkin untuk mengelakkan penebusan barangan berharga anda tanpa kebenaran.
Tertakluk kepada terma & syarat. Kadar faedah yang dibenarkan oleh Peraturan-Peraturan Pemegang Pajak Gadai 2004 tidak melebihi 2% sebulan. Jika sandaran tidak ditebuskan atau surat pajak tidak diperbaharui dalam masa 6 bulan seperti yang ditetapkan oleh Akta Pemegang Pajak Gadai 1972, kadar faedah 1.5% yang lebih rendah tidak berkenaan.