Polisi Privasi

Tarikh Berkuatkuasa: 25 Julai 2018

PAJAK GADAI FOONG JOO SDN. BHD. (“Pajak gadai kami”) amat prihatin tentang isu privasi dan kami ingin anda mengetahui bagaimanakah kami mengumpul, mengguna dan mendedahkan maklumat. Untuk makluman anda, Polisi Privasi ini dirumuskan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan meliputi pengumpulan dan penggunaan maklumat apabila anda menggunakan perkhidmatan pajak gadai kami dan apabila anda melayari laman web; http://www.foongjoo.com (“Laman kami”)

Dengan menggunakan perkhidmatan pajak gadai kami dan/atau melayari Laman kami, ini bermakna anda bersetuju dengan terma dan syarat yang terkandung dalam polisi privasi ini.

APAKAH MAKLUMAT YANG KAMI KUMPUL

Maklumat yang anda berikan kepada kami. Apabila anda mengemukakan sebarang pertanyaan, meminta maklumat, memberi maklum balas tentang atau berkaitan dengan Laman kami atau menggunakan perkhidmatan pajak gadai kami, kami mungkin akan meminta anda memberikan maklumat peribadi seperti berikut:

Kami juga mungkin akan meminta anda memberikan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan pemintaan anda.

Maklumat yang dikumpukan apabila anda melayari Laman kami. Kami akan menerima maklumat secara automatik apabila anda melayari Laman kami. Ia termasuk maklumat tentang alamat Protokol Internet (IP address) anda, maklumat tentang pelayar (Browser), maklumat yang dikumpulkan melalui cookies, pixel tag dan teknologi-teknologi lain, tarikh dan masa anda melayari, dan laman web yang anda layari sebelum anda melayari Laman kami.

Maklumat yang dikumpulkan apabila anda hubungi kami melalui aplikasi pemesejan segera. Kami akan menerima maklumat seperti nama dan nombor telephone bimbit anda secara automatik apabila anda menggunakan aplikasi pemesajan segera seperti WhatsApp dan WeChat untuk hubungi kami.

Rakaman CCTV. Rakaman CCTV yang mengandungi imej anda mungkin akan dirakamkan alat-alat CCTV kami apabila anda mengunjungi kedai pajak gadai kami.

BAGAIMANAKAH KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT

Kami mungkin akan menggunakan maklumat yang anda berikan secara sukarela kepada kami:

Kami juga mungkin akan menggunakan maklumat yang kami perolehi daripada penggunaan Laman kami dengan cara-cara berikut:

Kami akan menggunakan Alamat IP untuk tujuan seperti pengiraan tahap penggunaan Laman kami, membantu untuk mengenal pasti masalah server, dan menguruskan Laman kami. Kami juga akan mengguna dan mendedahkan Alamat IP untuk semua tujuan kami mengguna dan mendedahkan maklumat peribadi. Sila ambil perhatian bahawa kami menganggap Alamat IP, fail log server dan maklumat yang berkaitan dengannya sebagai bukan maklumat peribadi, melainkan kami perlu melakukan perkara sebaliknya di bawah undang-undang berkenaan.

Cookies: Cookies membolehkan web server memindahkan data kepada komputer untuk menyimpan rekod dan tujuan-tujuan yang lain. Kedua-dua cookies session dan persistent mungkin akan digunakan untuk disambungkan kepada Laman kami. Cookies ini akan digunakan untuk tujuan keselamatan, untuk memudahkan navigasi, untuk memaparkan maklumat dengan lebih berkesan dan untuk melayan anda dengan lebih baik melalui maklumat yang lebih sesuai dengan anda, dan juga untuk tujuan pengesanan dalam talian. Kami juga mungkin akan menggunakan cookies untuk mengumpul maklumat statistik mengenai penggunaan Laman kami supaya kami dapat menambahbaik reka bentuk dan fungsi Laman kami, untuk memahami bagaimanakah penguna menggunakan Laman kami, dan membantu kami untuk menyelesaikan soalan-soalan berkaitan dengan Laman kami.

Kami menggunakan Google Analytics dan Google AdWords untuk membantu kami menganalisa bagaimanakah pengunjung menggunakan Laman kami. Google Analytics dan Google AdWords turut menggunakan cookies untuk mengumpul maklumat mengenai bilangan pengunjung yang melayari Laman kami, laman web yang dirujuk oleh pengunjung untuk melayari Laman kami, dan laman yang pengunjung layari dalam Laman kami. Cookies akan terus kekal di komputer anda walaupun anda menutup pelayar (browser) Internet anda; cookies jenis ini dikenali sebagai “persistent” cookies.

Sekiranya anda tidak mahu maklumat anda dikumpul melalui penggunaan cookies, terdapat satu prosedur yang mudah dalam kebanyakan pelayar (browser) Internet yang membenarkan anda menolak penggunaan cookies. Beberapa ciri Laman kami mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik jika anda menolak penggunaan cookies. Untuk mengetahui mengenai cookies dengan lebih lanjut lagi, sila layari http://www.allaboutcookies.org/ yang terdapat di luar Laman kami.

Kami mungkin akan mengguna dan mendedahkan maklumat ini selaras dengan undang-undang tempatan.

Sekiranya kami menggabungkan maklumat bukan peribadi (maklumat yang tidak dapat mengenal pasti diri anda) dengan maklumat peribadi anda (seperti menggabungkan nama anda dengan lokasi geografi anda), maklumat yang digabungkan itu akan dianggap sebagai maklumat peribadi selagi ia digabungkan.

BILAKAH KAMI KONGSI MAKLUMAT ANDA

Kami mungkin akan mendedahkan maklumat anda:

LAMAN PIHAK KETIGA

Polisi Privasi ini tidak menangani, dan kami tidak bertanggungjawab ke atas privasi, maklumat atau amalan-amalan lain daripada pihak ketiga, termasuk sebarang pihak ketiga yang mengendalikan apa-apa laman yang mana Laman kami mempunyai pautannya. Rangkuman pautan dalam Laman kami tidak membayangkan pengesahan laman pautan tersebut oleh pihak kami atau pihak gabungan kami.

KESELAMATAN

Kami menggunakan langkah-langkah organisasi, teknikal dan pentadbiran yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi di bawah kawalan kami. Akan tetapi, tiada penghantaran data dalam talian Internet atau sistem simpanan data yang dijamin 100% selamat. Sekiranya anda mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa interaksi anda dengan pihak kami tidak lagi selamat (contohnya, sekiranya anda berasa curiga dengan keselamatan sebarang akaun yang anda milki dengan kami), sila kunjungi kedai pajak gadai kami untuk maklumkan masalah ini kepada kami dengan segera.

PILIHAN DAN AKSES

Anda boleh kunjungi kedai pajak gadai kami sekiranya anda ingin mengkaji semula, membetulkan, mengemaskini, menyekat (suppress) atau mengehadkan penggunaan maklumat peribadi yang anda berikan kepada pihak kami sebelum ini.

Kami akan cuba untuk memenuhi permintaan anda secepat mungkin. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda memilih untuk menarik diri sebagaimana yang diterangkan di atas, kami tidak akan dapat menghapuskan maklumat peribadi anda daripada pangkalan data gabungan kami yang telah kami kongsikan. Sekali lagi sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda memilih untuk tidak menerima mesej pemasaran daripada pihak kami, kami mungkin akan menghantar mesej pentadbiran yang penting kepada anda sebagai sebahagian daripada produk atau perkhimatan yang sedang anda gunakan.

TEMPOH PENGEKALAN

Kami akan mengekalkan maklumat peribadi anda dalam tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang digariskan dalam Polisi Privasi ini, melainkan tempoh pengekalan yang lebih lama diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang.

PENGGUNAAN LAMAN KAMI OLEH KANAK-KANAK

Laman kami tidak ditujukan kepada kanak-kanak, dan kami meminta kanak-kanak di bawah 18 tahun agar tidak memberikan maklumat peribadi di Laman kami.

PENGEMASKINIAN POLISI PRIVASI INI

Untuk makluman anda, kami mungkin akan mengubah Polisi Privasi ini. Sila lihat kepada agenda “Tarikh Berkuatkuasa” (“Effective Date”) di atas halaman ini untuk mengetahui semakan terakhir Polisi Privasi ini. Sebarang perubahan akan berkuatkuasa selepas kami mengumumkan semakan terakhir Polisi Privasi dalam Laman kami. Penggunaan Laman kami selepas perubahan dilakukan bermaksud anda telah menerima semakan terakhir Polisi Privasi.

HUBUNGI KAMI

Sila kunjungi kedai kami sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berhubung dengan Privacy Policy ini di:

Pajak Gadai Foong Joo Sdn. Bhd.

35 Jalan Othman,

46000 Petaling Jaya

Selangor

 

atau e-mel kepada: foongjoo@gmail.com