Pajak Gadai Foong Joo

Pajak Gadai Berlesen Sejak 1986

Bagaimana Menggunakan Perkhidmatan Pajak Gadai?

Perkhidmatan pajak gadai kami adalah pantas dan mudah. Proses ini tidak memerlukan sebarang borang permohonan atau semakan kredit. Anda hanya perlu membawa barangan berharga anda untuk dinilai, bersama MyKad (kad pengenalan) atau Pasport anda untuk tujuan pengesahan identiti rasmi. Keseluruhan proses ini hanya mengambil masa lima minit dan melibatkan tiga langkah mudah:

Langkah 1

Gold Jewelry

Bawa barangan berharga anda ke Pajak Gadai Foong Joo bersama MyKad atau Pasport asal anda.

Langkah 2

Diamond Jewellery

Biar pakar kami melakukan penilaian pantas ke atas barangan berharga anda. Kami akan terus menawarkan nilai pajakan terbaik untuk anda.

Langkah 3

Luxury Watches

Kalau anda bersetuju dengan jumlah nilai pajakan yang ditawarkan, kami akan memberikan wang pajakan bersama surat pajak. Anda boleh menerima wang sama ada dalam bentuk tunai atau pindahan bank atas talian (online transfer).

Soalan lazim (F.A.Q):

Berapa lama tempoh pajakan yang diberikan?
Setiap surat pajak mempunyai tempoh pajakan selama 6 bulan. Pelanggan boleh tebus balik barangan mereka pada bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan tersebut.
Boleh saya lanjutkan tempoh pajakan kalau saya tidak dapat tebus balik dalam tempoh 6 bulan?
Boleh, anda boleh lanjutkan masa selama 6 bulan kalau anda membayar kos faedah untuk memperbaharui (renew) surat pajak anda. Anda boleh renew surat pajak anda seberapa banyak kali yang anda mahu.
Apakah kadar faedah yang dikenakan?
Kadar faedah yang dikenakan adalah 1.5%* sebulan. Sebagai contoh, kalau anda pajak sebanyak RM1000, kos faedahnya hanya RM15 sebulan.

Pelanggan tidak perlu bayar faedah tiap-tiap bulan. Hanya perlu bayar kos faedahnya apabila tebus balik barangan atau kalau perlu renew surat pajak.
Apakah akan terjadi kalau saya tidak tebus balik barangan saya atau renew surat pajak saya dalam tempoh 6 bulan?
Kalau pelanggan tidak dapat tebus balik barangan mereka atau renew surat pajak mereka dalam tempoh 6 bulan, kami akan memberikan tempoh tangguhan selama 4 bulan lagi.

Kalau pelanggan masih tidak dapat tebus atau renew surat pajak dalam tempoh tangguan tersebut, maka barangan tersebut akan dilelong oleh jurulelong berlesen seperti yang termaktub di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 dan pelanggan tersebut tidak lagi perlu bayar balik wang pajakan kepada kami.
Surat pajak saya sudah hilang, apa yang saya perlu buat?
Sekiranya surat pajak anda hilang, sila maklumkan kepada kami dengan segera bagi mengelakkan penebusan barangan anda oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Seterusnya, kami akan memberikan sehelai Surat Akuan dan anda perlu bawa Surat Akuan tersebut ke mana-mana Pejabat Persuruhjaya Sumpah untuk dicop. Hanya selepas Surat Akuan dicop boleh anda tebus balik barangan anda.

*Tertakluk kepada Terma & Syarat. Sekiranya barang gadaian tidak ditebus atau surat pajak tidak diperbaharui (renew) dalam tempoh 6 bulan, maka kadar faedah 2.0% akan dikenakan untuk semua bulan seperti yang termaktub di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.

Urusan Penebusan:

Pelanggan boleh menebus semula barangan mereka pada bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan dari tarikh asal memajak. Untuk menebus, sila bawa bersama surat pajak asal dan MyKad/Pasport anda.

Wakil pelanggan juga dibenarkan untuk melakukan penebusan bagi pihak pemilik, namun mereka wajib membawa bersama surat pajak asal, MyKad/Pasport wakil itu sendiri serta satu salinan MyKad/Pasport pemilik asal barangan tersebut.

Hubungi Kedai Pajak Kami

Alamat:
35, Jalan Othman, PJS 3, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Talian Hot-Line:
03-77818284